Monday, 21 January 2013

Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Taman Pasir Putih Mendapat Sambutan Hangat!!!

Pada 20 Januari 2013 yang lepas,penceramah bebas terkemuka iaitu Ustaz Azhar Idrus telah meluangkan masa untuk menjawab kemusykilan agama di Masjid Taman Pasir Putih.Ustaz ini amat saya minati,oleh sebab fikiranya yang terbuka itu,menyebabkan ramai anak-anak muda di Malaysia ini berubah.
Pada jam 6:30 petang semua syarikat rakaman mula membuat penyediaan awal.Antara syarikat yang dibenarkan membuat rakaman dan liputan ialah Studio Mukmin dan Galeri Al Mizan.Saya dan ayah saya hadir ke tempat ceramah awal kerana saya berhasrat untuk berada di hadapan sewaktu ceramah itu berlangsung.
(Ustaz Azhar Idrus)
Pada malam itu, jalan di kawasan Masjid menjadi sesak.Malam tersebut semua orang sanggup duduk diluar kawasan masjid dalam keadaan hujan semata-mata ingin mendengar kuliah beliau.

Artikal Oleh : Hakimie @ Smk Seri Alam 2